PENCARIAN PENERIMA BIASISWA FAIR & LOVELY 2020 BERMULA
Majlis Anugerah bagi penerima-penerima biasiswa Fair & Lovely Biasiswa 2018.
Dalam inisiatif memperkasakan kaum wanita untuk mengejar masa depan yang cerah, Fair & Lovely menawarkan biasiswa berjumlah RM200,000* untuk dibahagikan kepada 40 mahasiswi yang layak.
Bukan itu sahaja...Sebagai seorang penerima Biasiswa Fair & Lovely 2020, anda juga akan:
- Diutamakan dalam sesi temu duga posisi pelatih praktikal di Unilever Malaysia*,
- Menjadi ahli komuniti maya Fair & Lovely*, dan
- Mendapat maklumat terkini tentang peluang latihan praktikal dan sesi perkongsian eksklusif*!
Biasiswa Fair & Lovely 2020 sudah pun bermula. Ingin menjadi salah seorang penerima biasiswa tahun ini? Anda cuma perlu hantar esei anda dan undi dengan kongsikan posting Universiti anda.
Daftarlah sekarang dan nikmati sampel percuma Fair & Lovely khas untuk anda. Untuk lebih info, anda boleh kunjungi Facebook kami.
Laman Facebook
*Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Testimonial Penerima-penerima Biasiswa Lalu
Sejujurnya, mula-mula saya berasa kurang yakin tetapi masih mahu mencuba nasib. Berbekalkan keputusan akademik cemerlang dan penyertaan kokurikulum yang aktif, saya telah menulis esei berjudul “Mengapa Saya Layak Menerima Biasiswa Fair & Lovely” dalam permohonan saya. Dengan biasiswa ini, dapatlah saya membeli buku teks untuk rujukan.
Nur Nadiah Abdul Jalil, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Penerima Biasiswa Fair & Lovely 2017
Previous
Next
Saya tidak memohon sebarang pinjaman untuk menyambung pembelajaran saya, jadi biasiswa ini sedikit sebanyak dapat menanggung lagi dua semester sebelum saya tamat belajar.
Wan Nur Aqilah Wan Yusof, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penerima Biasiswa Fair & Lovely 2017
Previous
Next
Saya adalah anak sulung daripada tiga orang adik-beradik dan saya berasa sangat gembira untuk menerima Biasiswa Fair & Lovely ini. Biasiswa ini pasti akan membantu saya untuk menyiapkan tugasan dan membeli buku-buku teks untuk pelajaran saya. Aspirasi saya adalah untuk menjadi seorang yang berjaya dan motivasi saya adalah keluarga saya.
Siti Wan Raina Binti Johari, UiTM Shah Alam
Penerima Biasiswa Fair & Lovely 2016
Previous
Next
Saya amat teruja untuk menerima biasiswa Fair & Lovely yang memberikan saya aspirasi untuk maju ke depan. Saya dapat menggunakan biasiswa ini untuk meneruskan pengajian dari segi pembayaran yuran dan memberi saya peluang menjalankan bisnes secara kecil-kecilan. Aspirasi saya adalah untuk menceburi bidang perhubungan awam pada masa depan dan mengembangkan bakat saya untuk menjadi jurucakap yang professional bagi syarikat ibu saudara saya.
Nurul Shafiqah Binti Shuib, UPSI Tanjung Malim
Penerima Biasiswa Fair & Lovely 2016
Previous
Next
Sungguhpun terkejut, saya bersyukur kerana menerima biasiswa Fair & Lovely. Biasiswa ini pasti adalah langkah pertama untuk membantu saya mencapai cita-cita. Aspirasi saya adalah untuk mengecapi kejayaan dalam hidup dan mengorak langkah ke hadapan untuk masa depan yang lebih maju.
Tan Chiew Sia, University Malaysia Terengganu
Penerima Biasiswa Fair & Lovely 2016
Previous
Next